Belia Dan Beliawanis

Belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang. Belia juga merupakan tunggak Negara dalam membawa pembaharuan dan kecemerlangan.

Bagi golongan belia di Perkampungan PPSK, banyak aktivti telah direncana dan dilaksanakan bagi tujuan mengurangkan masalah sosial yang amat semakin meruncing dalam kehidupan masyarakat kini.

Belia di sini boleh dibahagikan kepada beliawanis dan belia di bawah Pertubuhan Belia 4B. Penyertaan belia dan beliawanis di ambil dari had umur 15 tahun sehingga 30 tahun. Kebanyakan beliawan dan beliawanis yang melibatkan secara aktif dalam pertubuhan ini adalah mereka yang berumur bawah 21 tahun. Hal ini kerana ramai daripada golongan belia telah berhijrah atau merantau ke negeri lain untuk mencari pekerjaan.


JAWATANKUASA BELIA DAN BELIAWANIS

PenaungEncik Syarif bin Abu (Pengurus Kaw. Felcra Seri Gala
PengerusiEncik Azli bin Lokman
Timb. PengerusiEncik Jusri bin Harun
SetiausahaKosong
AJK 1Kosong
AJK 2Kosong
AJK 3Kosong
AJK 4Kosong



LAPORAN AKTIVITI


BOLA SEPAK

Diketuai oleh Kapten Jusri bin Harun. Beliau bertangggung jawab memilih pemain-pemain berdasarkan kredibiliti, tahap kecerdasan dan disiplin. Latihan akan dijalankan setiap hari pada pukul 5 petang. Pasukan bola sepak ini diberi nama SeriGala FC. Banyak perlawanan telah disertai antaranya Perlawanan Liga peringkat Mukim Slim River-Tanjung malim, Perlawanan persahabatan antara kampung-kampung berdekatan. Perlawanan terbesar yang pernah disertai adalah diperingkat Wilayah Felcra yang diadakan di Felcra Seberang Perak.


SEPAK TAKRAW

Sukan ini tidak kurang hebatnya dengan sukan bola sepak di perkampungan ini. Sebilangan besarpenduduk-penduduk diperkampungan ini juga amat meminati sukan ini. Seperti bola sepak, perlawanan tetap disertai di peringkat kampung-kampung.

BOLA JARING

Mula bergiat pada tahun 2007. Pemain pemainnya terdiri daripada 7 orang. Pernah menyertai pertandingan di kawasan sekitar dan peringkat wilayah Perak. Waktu latihan adalah setiap hari pada pukul 5.00 petang.

GOTONG ROYONG