Pertubuhan Khairat Kematian (PKK)

Jawatankuasa badan Khairat Kematian Perkampungan PPSK telah ditubuhkan pada tahun 1999 bagi tujuan menguruskan sendiri proses penyempurnaan jenazah baik lelaki mahupun wanita. Perkara ini dipertimbangkan setelah mengambil kira beberapa faktor.

a. Keperluan bagi menyempurnakan tuntutan Fardhu Kifayah itu sendiri
b. Jenazah akan diuruskan dengan lebih cermat oleh rakan-rakan dan jiran yang mengenalinya
c. Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan Anak Qariah yang telah berdaftar.
d. Menyediakan satu persekitaran yang lebih mesra kejiranan dengan semangat musyawarah dan gotong royong.


AHLI JAWATANKUASA KHAIRAT KEMATIAN PERKAMPUNGAN PPSK

PENGERUSI EN. BADARUDDIN BIN DERUN
SETIAUSAHA 1 EN. LOKMAN BIN BAHARI
SETIAUSAHA 2 EN. BUYONG @ DALIL BIN LAHASHIM
BENDAHARI EN. BUYONG @ DALIL BIN LAHASHIM
BIRO PENGURUSAN JENAZAH (LELAKI) EN. HARUN BIN MOHD NUSI
BIRO PENGURUSAN JENAZAH (WANITA) PN. JOYAH BTE MAT AROF
BIRO SOLAT JENAZAH (LELAKI) EN. ADINAN BIN ABD RASHID
BIRO PENYELENGARAAN EN. YUSOF BIN KASIM
TALKIN JENAZAH EN. KAMARUL BASHAH BIN MAT AKI


PRA SYARAT UNTUK MENJADI AHLI KHAIRAT KEMATIAN PPSK

1. Keahlian di buka kepada semua Penduduk PPSK dan Penduduk yang berhampiran.
2. Bayaran Pendaftaran ahli baru akan di kena kepada mereka yang petama kali menjadi ahli Pertubuhan PKK ini sebanyak Ringgit Malaysia Lima belas sahaja ( Rm 15.00.)
3. Yuran di kenakan setahun sekali melalui potongan Dividen sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja ( Rm 50.00 ) dan bayaran tunai kepada Ahli yang bukan Peserta PPSK
4. keahlian baru akan dikenakan ( Ringgit Malaysia Enam puluh Lima Sahaja ) Termasuk duit Pendaftaran, hendaklah dilunaskan semasa mendaftar.
5. Setiap ahli baru atau lama yang gagal membayar yuran (satu) tahun di beri tempoh selama tiga (3 ) bulan, masih lagi gagal dengan sendiri namanya di gugurkan, dan pihak pertubuhan tidak akan bertanggung jawab keatas apa jua masaalah selepas itu dan tidak akan membayar sebarang ganti rugi.( Urusetia akan menghantar surat tunjuk sebab )
6. Setiap ahli mesti menanda tangani surat persetujuan ahli dan patuhi undang-undang yang telah di persetujui bersama.


SYARAT-SYARAT PENGELUARAN WANG KHAIRAT.
MULA BERKUAT KUASA JANUARI 2010.IAITU SELEPAS MENERIMA KESELURUHAN
YURAN AHLI PESERTA PPSK


Ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan PKK RM500.00
Suami atau Isteri ahli RM 500.00
Anak dalam tanggungan ahli RM 500.00
Ibu atau Bapa ahli yang meninggal di rumah ahli RM 500.00
Keluarga (Anak beranak )yang mempunyai dua atau lebih keahlian apabila ada kematian salah seorang daripadanya hanya satu sahaja yang mendapat sumbangan penuh RM 500.00



WANG SUMBANGAN DI KELUAR SEBANYAK RM 150.00 UNTUK SEPERTI BERIKUT:-

RM 150.00
cucu yang meninggal di rumah ahli RM 150.00
Ibu atau Bapa Mertua yang meninggal di rumah ahli RM 150.00
Anak yang telah berkeluarga meninggal di rumah ahli RM 150.00
Menantu yang meninggal di rumah ahli RM 150.00
Keluarga terdekat yang meninggal di rumah ahli RM 150.00




** Untuk bacaan lanjut, anda boleh memuat turun dokumen di pautan dibawah ini.
 
1. Syarat2 Pengeluaran Dana PKK
2. Borang dan Pra Syarat Keahlian PKK
3. Minit Mesyuarat AJK 02/08