Penaung: | Encik Syarif bin Abu (Pengurus Kawasan Felcra Berhad Serigala |
Pengerusi: | Puan Hamidah binti Hamzah |
Setiausaha: | Encik Zainuddin (Pen.Eksekutif Kanan dan Sosial) |
Biro Agama dan Pendidikan: | Puan Noraiza binti Hashim |
Biro Ekonomi | Puan Norshidah binti Hj. Ahmad |
Biro Sosial dan kebudayaan: | Puan Norehan binti Rahman |
Puan Noriah binti Yahya | |
Biro Kebajikan | Puan Marshidah binti Mohd Ali |
Persatuan ini mula ditubuhkan disekitar tahun 2000. Cadangan pertubuhan ini adalah bertujuan untuk membantu wanita-wanita di perkampungan ini meningkatkan ekonomi kendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada penduduk felcra khususnya.
Pada awal penubuhan persatuan ini telah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan daripada kaum wanita di perkampungan ini khususnya kaum ibu. Pihak pengurusan Felcra Serigala telah bekerjasama membimbing Persatuan WADIRA ini dan telah turut merencana aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk dilaksanakan.
Pelbagai program dan bengkel diadakan. Setiap ahli telah dihantar bagi menghadiri beberapa seminar dan bengkel seperti program keusahawanan, kepimpinan, lawatan ke tapak perindustrian dan pelbagai lagi. Program seperti ini amat berguna kepada ahli WADIRA kerana ia dapat membuka minda tentang kebaikan berpersatuan.
Kini telah hampir 10 tahun usia persauan ini ditubuhkan. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah berjaya diusahakan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diusahakan adalah:
- Kelas pengajian Al-Quran dan Fadhu Ain
- Ceramah Agama (Mingguan)
- Gotong royong perdana
- Kelas kompang & nasyid
- Menberi sumbangan cenderahati untuk sesuatu majlis perkahwinan
Selain aktiviti-aktiviti ini dijalankan, WADIRA juga turut mengusahakan projek pembuatan kerepek dan kuih-muih. Jenis-jenis kerepek yang terdapat adalah seperti:
- Kerepek pisang
- Kerepek ubi
- Tiram / Lidah Buaya
- Maruku
- Peralatan tidak mencukupi untuk menghasilkan produk berkuantiti besar
- Suntikan modal yang terhad
- Label tidak berdaftar
- Ruang kilang (kedai) pemprosesan yang kecil
LATIHAN KOMUNIKASI PEMASARAN
ANJURAN FELCRA BERHAD WILAYAH PERAK
TARIKH : 28 HINGGA 30 JUN 2010
TEMPAT : HOTEL BRISDEL, KUALA LUMPUR
Objektif:
- Melahirkan usahawa-usahawan baru yang boleh membantu menjana ekonomi masyarakat setempat khususnya dan kepada negara amnya.
- Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan untuk memasarkan dan menguruskan perniagaan yang diceburi
Aktiviti : Latihan Pemasaran Di lapangan
- Memberi peluang kepada peserta untuk mengalami serta merasai suasana pemasaran
- Menyediakan peluang kepada peserta mengenal potensi atau keupayaan diri melalui keberanian mencuba.
- Membuka minda peserta untuk menempuh pelbagai cabaran hidup dengan tabah dan positif
- Menerapkan kebanggaan dengan produk sendiri dan produk tempatan.
- Menggunakan kaedah kreatif semasa memasar produk masing-masing.
Kaedah:
- Pembahagian kumpulan dan melantik seorang ketua
- Merancang strategi pemasaran
- Memasarkan produk di Kuala Lumpur
- Menyediakan laporan kemajuan bersama