Latar Belakang PPSK Seri Gala

Perkampungan ini mula dibuka pada tahun 1998. Perkampungan ini terletak di pertengahan perjalanan antara Slim River dan Tanjong Malim. Ianya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang dan Perlimen Tanjong Malim. Pemilihan peserta-peserta Felcra Seri Gala dilantik oleh pejabat Tanah dan Daerah kecil Slim River yang terdiri dikalangan penduduk daerah Batang Padang. PPSK Seri Gala setakat ini mempunyai 90 buah rumah dan bilangan penduduk kini mencecah hampir 500 orang.

Hampir sebelas tahun usia perkampungan ini, telah banyak pembaharuan infrastruktur, pembangunan dan segala kemudahan dapat dinikmati oleh kalangan penduduk.

Penaikan taraf ini telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wilayah Dan Luar Bandar dan telah bekerjasama dengan Felcra Berhad Seri Gala bagi merancang pembangunan untuk kegunaan penduduk felcra.

(foto disebelah menunjukkan salah satu projek usahama daripada pihak PLB)

Bersesuaian dengan era globalisasi pada masa kini, pihak PLB telah membina satu bangunan untuk masyarakat tempatan mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT). Bangunan ini telah siap dibina dan bakal diasmikan tidak lama lagi. Ia dilengkapi dengan 20 buah komputer dan fokus utama adalah penduduk PPSK dan penduduk persekitaran yang berminat untuk mempelajari IT.


Ini adalah reka bentuk bangunan infodesa yang bakal dinikmati oleh penduduk PPSK Seri Gala.